GB 404 ♥
*gambar ni saya ambil dari twitter Nana*
Hi peeps,
Nampak budak-budak dalam gambar tu? Hehe. Tu la dormmate saya dulu waktu dekat Septech tapi ada juga beberapa orang yang tak ada dalam gambar ni. Dorm GB404 ialah dorm yang paling best sebab akak-akak senior dia sporting + baik. Penghuni GB 404 tahun 2012 semuanya gila-gila. Setiap orang ada kerenah masing-masing. Tapi itulah yang membuatkan dorm ni yang paling best. Sampai ramai senior yang jeles dengan dorm kami. Nasib baik saya dapat satu dorm dengan diorang. Actually, saya RINDU TAHAP MAKSIMUM dekat mereka-mereka ini. Last jumpa diorang selepas saya pindah dari Septech tak silap lepas cuti bulan 3. Lepas tu saya dah tak jumpa diorang dah. Rasa menyesal sebab pindah pun sebenarnya ada tapi nak buat macam mana kan? Saya dah pilih untuk pindah dari Septech. Jadi, saya kena la terima semua ni. Walau apapun, penghuni-penghuni GB 404, saya sayang + rindu dekat awak semua. Saya tak pernah lupakan awak semua.
Lydia ⚷